Home
PENGUMUMAN:PINDAAN KEPADA SYARAT-SYARAT KEMASUKAN PEPERIKSAAN SIJIL AMALAN GUAMAN Print Email

PINDAAN KEPADA SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

PEPERIKSAAN SIJIL AMALAN GUAMAN


  1. Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang, Malaysia dalam mesyuarat yang diadakan pada 7 Disember 2016 telah membuat keputusan berkaitan Syarat-syarat Had Masa yang perlu dipatuhi oleh calon Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG).
  2. Dengan itu, berdasarkan perenggan 11 Syarat-syarat Kemasukan PSAG, Syarat-syarat Kemasukan PSAG adalah dipinda dengan menggantikan perenggan 7 sedia ada  dengan perenggan 7 baru yang  berikut:

7.       PENDAFTARAN CALON

(a)      Sesuatu pendaftaran pencalonan adalah sah untuk tempoh empat (4) tahun sahaja dan hanya dibenarkan menduduki PSAG sebanyak empat (4) kali percubaan dalam tempoh pendaftaran tersebut. Selepas percubaan kali keempat dan masih gagal ATAU tempoh pendaftaran empat (4) tahun telah tamat, pendaftaran pencalonan seseorang calon akan tamat mengikut yang mana berlaku dahulu. Jika ini berlaku, calon tidak lagi dibenarkan untuk mendaftar semula untuk menduduki PSAG seterusnya.

(b)     Setiap calon yang telah membuat bayaran untuk menduduki peperiksaan mestilah hadir untuk menduduki peperiksaan pada hari dan masa yang telah ditetapkan. Jika calon itu tidak hadir pada mana-mana hari peperiksaan bagi sesuatu tahun, ketidakhadiran itu akan dikira sebagai satu (1) percubaan di dalam mengira jumlah percubaan menduduki PSAG sebanyak empat (4) kali seperti yang dinyatakan di perenggan (a) di atas.

(c)     Calon yang tidak hadir untuk semua atau mana-mana bahagian peperiksaan atas sebab perubatan atau atas sebab perikemanusiaan iaitu ditimpa musibah atau kematian ibubapa serta waris terdekat hendaklah memberitahu Pengarah PSAG secara bertulis mengenai alasan ketidakhadiran bersama bukti/ dokumen sokongan dengan serta-merta secara serahan tangan atau melalui emel.”.

      3. Pindaan Syarat-Syarat Kemasukan PSAG ini adalah mula berkuat kuasa pada 8 Disember 2016.

Terima kasih.

 

HASLINA MANSOR
Pengarah
Peperiksaan Sijil Amalan Guaman
b/p Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang, Malaysia

21 Disember 2016

 

Polls

Please Rate Our Portal
 

Web Statistics

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday197
mod_vvisit_counterYesterday801
mod_vvisit_counterThis week2848
mod_vvisit_counterLast week6226
mod_vvisit_counterThis month19672
mod_vvisit_counterLast month28409
mod_vvisit_counterAll days2513811

Contact Now

Address: Unit 3-01, 3rd Floor
Straits Trading Building
No. 2 Jalan Lebuh Pasar Besar
50050 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel:03-26910054 / 26910080
Fax:03-26910142
Email: admin@lpqb.org.my
Website: www.lpqb.org.my