LPQB
Home
TEMPOH PENDAFTARAN BAGI PEPERIKSAAN UTAMA SIJIL AMALAN GUAMAN 2018

 

 TEMPOH PENDAFTARAN BAGI PEPERIKSAAN UTAMA SIJIL AMALAN GUAMAN 2018


I.       Kepada semua pemohon baru Peperiksaan Utama Sijil Amalan Guaman tahun 2018:

(a)     Tempoh pendaftaran untuk peperiksaan tersebut dibuka mulai 13 November 2017 (Isnin) sehingga 31 Disember 2017 (Ahad). Pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan melalui Sistem Permohonan Atas Talian (e-LPQB) Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia (Lembaga Kelayakan) yang boleh diakses di laman utama Portal Lembaga Kelayakan ini.

(b)     Pemohon perlu membaca dan mematuhi arahan semasa mengisi borang permohonan. Semua dokumen untuk menyokong permohonan mestilah jelas dan mudah dibaca. Permohonan yang tidak mematuhi arahan seperti berikut tidak akan diproses oleh Pejabat Lembaga Kelayakan:

  • Sila pastikan gambar yang dimuat naik adalah berwarna, berukuran pasport dan jelas dengan menggunakan format jpg/ jpeg/ gif/ png sahaja.
  • Semua dokumen yang dimuat naik dilarang sama sekali diambil dengan menggunakan telefon bimbit.
  • Sila muat naik salinan kad pengenalan yang berwarna untuk kedua-dua bahagian depan dan belakang di dalam satu muka surat sahaja.
  • Sila muat naik sijil keputusan peperiksaan yang berkaitan dan bukan salinan slip keputusan peperiksaan.
  • Semua dokumen hendaklah dimuat naik dengan menggunakan format jpg, jpeg, gif, png, pdf atau word sahaja. Saiz fail hendaklah tidak melebihi 2MB.
  • Semua salinan dokumen tersebut kecuali gambar berukuran pasport perlulah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Ketua Jabatan, Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional), Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pengetua, Guru Besar, Penghulu atau Notari Awam.

(c)      Pejabat Lembaga Kelayakan hanya menerima transkrip akademik (untuk ijazah LL.B) yang diterima terus melalui pos dari universiti/ kolej tempatan. Transkrip berkenaan akan dipadankan dengan permohonan yang diterima dan diproses oleh Pejabat Lembaga Kelayakan. Pemohon dikehendaki memuat naik bukti permohonan transkrip yang dihantar kepada universiti/ kolej tempatan kepada pejabat Lembaga Kelayakan melalui sistem e-LPQB. Sila ambil perhatian bahawa Pejabat Lembaga Kelayakan TIDAK akan menerima transkrip akademik asal yang diserahkan sendiri oleh pemohon atau mana-mana orang selain daripada universiti/ kolej tempatan berkenaan.

(d)     Pemohon perlu mengesahkan bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar dan faham bahawa Lembaga Kelayakan berhak menolak dan membatalkan permohonan yang didapati mengandungi maklumat palsu, pada bila-bila masa termasuklah selepas calon-calon lulus Peperiksaan Sijil Amalan Guaman dan keputusan Pejabat Lembaga Kelayakan dalam hal ini adalah muktamad.

II.      Kepada calon-calon yang ingin mengulang/ mendaftar semula pada Peperiksaan Utama Sijil Amalan Guaman pada tahun 2018:

  1. Sila semak Portal Rasmi Lembaga Kelayakan bagi pengumuman mengenai tempoh pendaftaran bagi calon-calon mengulang/ mendaftar semula yang dijangka diumumkan pada bulan Mac 2018.

Terima kasih.

  

HASLINA MANSOR
Pengarah
Peperiksaan Sijil Amalan Guaman

10 November 2017

 

Polls

Please Rate Our Portal
 

Web Statistics

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday339
mod_vvisit_counterYesterday1618
mod_vvisit_counterThis week8817
mod_vvisit_counterLast week12620
mod_vvisit_counterThis month43153
mod_vvisit_counterLast month83248
mod_vvisit_counterAll days2650940

Contact Now

Address: Unit 3-01, 3rd Floor
Straits Trading Building
No. 2 Jalan Lebuh Pasar Besar
50050 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel:03-26910054 / 26910080
Fax:03-26910142
Email: admin@lpqb.org.my
Website: www.lpqb.org.my