Home
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KHAS/TAMBAHAN SIJIL AMALAN GUAMAN (SAG) (NOVEMBER 2017) Print Email

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KHAS/TAMBAHAN

SIJIL AMALAN GUAMAN (SAG) (NOVEMBER 2017)


Keputusan Peperiksaan Khas/Tambahan SAG yang telah diadakan pada 13 hingga 22 November 2017 akan dikeluarkan pada Khamis, 21 Disember 2017. Keputusan SAG untuk semua calon boleh dilihat di Portal Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang, Malaysia (LKPU) mulai jam 8.30 pagi, 21 Disember 2017 atau di papan kenyataan Pejabat LKPU.

A.        Calon Lulus:

Bagi calon-calon yang lulus peperiksaan boleh mengakses keputusan terperinci mereka dengan masuk ke Sistem Permohonan Dalam Talian LKPU (e-LPQB) dan klik "Semak Keputusan". Calon-calon yang lulus peperiksaan boleh mengambil surat yang mengesahkan status anda di Pejabat LKPU mulai Khamis, 21 Disember 2017.

B.        Lulus Bersyarat:

Bagi calon yang gagal peperiksaan boleh mengakses keputusan terperinci mereka dengan masuk ke Sistem Permohonan Dalam Talian LKPU (e-LPQB) dan klik "Semak Keputusan".

Sila ambil perhatian bahawa untuk calon-calon yang gagal dalam peperiksaan dan yang pencalonannya masih sah, anda boleh mendaftar untuk menduduki Peperiksaan SAG Utama pada tahun 2018. Sila semak Portal LKPU untuk pengumuman mengenai tempoh pendaftaran pada bulan Mac / April 2018.

Calon dibenarkan mengambil hanya tiga (3) kali percubaan bagi mata pelajaran yang gagal. Jika calon masih gagal mata pelajaran selepas tiga (3) percubaan secara berturut-turut dalam tempoh 4 tahun dari tarikh keputusan, calon tidak dibenarkan untuk menduduki Peperiksaan SAG.

C.        Keputusan yang diperolehi oleh calon pada hari keputusan peperiksaan diumumkan adalah MUKTAMAD. Tiada proses rayuan atau semakan semula akan dilakukan selepas itu.

D.        Senarai calon yang memperolehi keputusan Lulus akan dipaparkan di papan kenyataan serta portal Pejabat Lembaga Kelayakan.

Sila hubungi Pejabat LKPU pada waktu pejabat atau e-mel This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkara ini.

Terima kasih.

 

HASLINA MANSOR
Pengarah
Peperiksaan Sijil Amalan Guaman

b/p Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang, Malaysia

15 Disember 2017

 

Polls

Please Rate Our Portal
 

Web Statistics

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday957
mod_vvisit_counterYesterday1192
mod_vvisit_counterThis week3583
mod_vvisit_counterLast week7738
mod_vvisit_counterThis month19223
mod_vvisit_counterLast month52011
mod_vvisit_counterAll days2729075

Contact Now

Address: Unit 3-01, 3rd Floor
Straits Trading Building
No. 2 Jalan Lebuh Pasar Besar
50050 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel:03-26910054 / 26910080
Fax:03-26910142
Email: admin@lpqb.org.my
Website: www.lpqb.org.my